KEMASKINI: Balai polis Ulu Tiram diserang: 2 anggota m@ut dan suspek juga m@ut di lokasi

KN-Johor Bahru: Dua anggota polis m@ut manakala seorang anggota mengalami kecederaan dalam kejadian serangan dilakukan seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis Ulu Tiram di sini pada awal pagi hari ini.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, dalam kejadian itu suspek turut ditembak m@ti di tempat kejadian.

Menurutnya, anggota polis dan suspek yang m@ut dihantar ke bahagian forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) manakala anggota yang mengalami kecederaan dirawat di hospital berkenaan.

“Pihak kita sesal dengan kejadian yang berlaku. Siasatan awal mendapati anggota ditetak dan ditemb@k.

“Siasatan lanjut dijalankan polis,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Ulu Tiram, di sini hari ini.

Difahamkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam perjalanan ke tempat kejadian.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira 2 pagi hari ini apabila suspek seorang lelaki bangsa tidak dikenal pasti yang bertopeng dan berpakaian gelap menyerang balai polis berkenaan dengan bersenjatakan parang.

Mei 17, 2024

Foto: Ist

Related Posts

Human Trafficking Recruiters Still Operate Widely

KN. Indonesia has tightened border controls to combat human trafficking and illegal labor recruitment. Between January and July 2026, immigration authorities prevented 8,287 Indonesians from departing through unauthorized employment channels…

Indonesia Prepares Long-Term Contract for Russian Crude

Energy and Mineral Resources Minister Bahlil Lahadalia said that the Indonesian government is willing to purchase Russian oil on a long-term basis. He added that the second phase of crude…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *